Portal MyInfo@IPTA

Informasi umum mengenai Portal MyInfo@IPTA

Terima kasih kerana mengunjungi Portal MyInfo@IPTA. Portal MyInfo@IPTA disediakan bagi setiap tenaga akademik mahupun bukan tenaga akademik Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dalam melihat profil mereka yang tersedia didalam simpanan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Maklumat ini telah dibekalkan oleh pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang telah dilantik dan bertanggungjawab dalam membekalkan data kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau maklumat yang dipaparkan adalah tidak tepat, sila lakukan pembetulan dengan kadar segera.

Walaubagaimanapun, Portal MyInfo@IPTA masih dalam proses pembangunan dan pengesahan maklumat. Hanya pengguna tertentu sahaja yang dibenarkan untuk mengakses maklumat didalam portal ini. Sebarang salinan daripada portal ini adalah TIDAK DIBENARKAN (Akta 88 - Akta Rahsia Rasmi 1972) dan sekiranya didapati bersalah seseorang itu boleh dikenakan tindakan. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang penyebaran maklumat yang tidak sah.

Portal MyInfo@IPTA disediakan bagi memudahkan pemegang taruh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mendapatkan data dan maklumat dengan pantas dan tepat berkaitan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) secara atas talian. Antara maklumat yang dibekalkan oleh Portal MyInfo@IPTA adalah seperti:

Profil bagi setiap Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Penyelidikan yang dijalankan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Kepakaran yang terdapat dikalangan kakitangan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Profil asas bagi kakitangan akademik dan kakitangan bukan akademik. Senarai program pengajian tersedia. Enrolmen, kemasukan, dan keluaran pelajar. Pusat kecemerlangan yang terdapat didalam Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Tesis peringkat PhD dan sarjana yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).