| Bil. | Universiti Awam | Kategori Universiti | Negeri Universiti |
|
Tarikh Penubuhan:
01/01/1962
Visi:
Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang ternama di peringkat antarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran (To be an internationally renowned institution of higher learning in research, innovation, publication and teaching)
Misi:
Untuk memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan (To advance knowledge and learning through quality research and education for the nation and for humanity)
Objektif:
Quality Policy : The University of Malaya intends to undertake teaching and learning, conduct research and services of quality, generate and advance knowledge through continuous improvement efforts for the benefit of all customers, in particular the students of the University of Malaya.
Sejarah Universiti:
Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.
Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.
Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".
|
|
1.
|
Universiti Malaya (UM)
|
Universiti Penyelidikan
|
W.P.(Kuala Lumpur)
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/06/1969
Visi:
Mentransformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Misi:
USM merupakan universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka.
Objektif:
a) Mengada, Memaju dan Mengembangkan Pendidikan Tinggi. b) Mengadakan Penyelidikan dan Pengumpulan dan Kemajuan Pengetahuan. c) Penyebaran Pengetahuan dalam Lapangan Pengajian.
Sejarah Universiti:
Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town,Pulau Pinang. Terdapat tiga kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan dan satu "offshore" kampus yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India.
USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006. Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia. Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D.
Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah. Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.
USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera.
Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.
|
|
2.
|
Universiti Sains Malaysia (USM)
|
Universiti Penyelidikan
|
Pulau Pinang
|
|
Tarikh Penubuhan:
18/05/1970
Visi:
UKM bertekad menjadi Universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.
Misi:
Menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.
Objektif:
Objektif penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah seperti berikut:
1. Memartabatkan Bahasa Melayu: Objektif utama penubuhan UKM adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran. UKM berperanan sebagai institusi yang mengangkat dan mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta menjadikannya bahasa utama dalam penyebaran ilmu dan profesionalisme.
2. Menjadi universiti bercorak kebangsaan: UKM ditubuhkan sebagai universiti yang bercorak kebangsaan, yang memperjuangkan kepentingan dan keperluan Melayu serta mempromosikan identiti kebangsaan Malaysia. Penubuhan UKM bertujuan untuk mencipta satu institusi pendidikan yang menghargai dan menghayati nilai-nilai kebangsaan, budaya, dan warisan Malaysia.
3. Menyediakan pendidikan berkualiti: UKM berusaha menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar dalam pelbagai bidang pengajian. Universiti ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan yang diperlukan untuk menjadi profesional yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara.
4. Menjadi pusat penyelidikan kecemerlangan: UKM bertujuan untuk menjadi pusat penyelidikan kecemerlangan dalam pelbagai disiplin ilmu. Objektif ini melibatkan pelaksanaan penyelidikan yang inovatif, penghasilan penemuan-penemuan baru, dan sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan serta keperluan masyarakat.
5. Menjana kepakaran dan teknologi: UKM berperanan dalam menjana kepakaran dan teknologi melalui institut-institut dan entiti yang beroperasi secara komersil seperti UKM Holdings Sdn. Bhd. dan UKM Technology Sdn Bhd. Tujuan ini adalah untuk mengkomersilkan penemuan dan kepakaran universiti serta memberi manfaat kepada masyarakat secara luas.
6. Meningkatkan akses pendidikan: UKM berusaha untuk meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi bagi semua golongan masyarakat, termasuk pelajar luar negara. Objektif ini melibatkan penerimaan pelajar dari pelbagai negara dan memb
Sejarah Universiti:
-
|
|
3.
|
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
|
Universiti Penyelidikan
|
Selangor
|
|
Tarikh Penubuhan:
03/04/1997
Visi:
Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa
Misi:
Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.
Objektif:
Matlamat dan Objektif Pelan Strategik UPM 2011-2013 1. Menarik pelajar cemerlang dan menghasilkan graduan berilmu dan berdaya saing. 2. Melonjak tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa. 3. Memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu. 4. Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pertanian dan biosumber tropika. 5. Memperkemas tadbir urus dan pengurusan sumber berdasarkan amalan terbaik. 6. Memperkasakan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan sebagai Top Business School.
Sejarah Universiti:
Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian.
Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Universiti Pertanian Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan keperluan Negara.
Pada tahun 80-an, UPM mengembangkan bidang pengajian ke bidang Sains dan Teknologi (S&T). Pada tahun 3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.
|
|
4.
|
Universiti Putra Malaysia (UPM)
|
Universiti Penyelidikan
|
Selangor
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/04/1975
Visi:
Universiti Terkemuka Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan dan Penyelidikan Bertaraf dunia
Misi:
Untuk Membangun Bakat Holistik dan Mensejahtera Kehidupan Menerusi Ilmu dan Inovasi Teknologi
Objektif:
Nilai Teras - Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian
TS1) Bakat Holistik Bertaraf Duni untuk Memperluas Bidang Pendidikan dan Penyelidikan
TS2) Penyampaian Prestasi yang Kreatif dan Berdaya Tahan Menerusi Tadbir Urus Empatik dan Tangkas
TS3) Pengembangan Institusi Menerusi Kebitaraan yang Unik dan Khusus untuk Kelestarian Jangka Panjang
TS4) Transformasi Pengalaman Hidup Menerusi Pemerkasaan Ilmu Pengetahuan dan Kepercayaan
TS5) Keunggulan Global untuk Menjadi Universiti Penyelidikan Terkemuka di Malaysia pada 2025
Sejarah Universiti:
Sejarah penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada tahun 1904. Uniknya, UTM bermula dari sebuah sekolah teknik yang dikenali sebagai Sekolah Teknik Treacher di Weld Road, Kuala Lumpur yang mengambil sempena nama Sir William Treacher, Residen General Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Hasrat penubuhan sekolah ini pada awalnya adalah untuk melahirkan tenaga kerja dalam bidang teknikal iaitu Pembantu Teknik untuk berkhidmat di Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keretapi, Tanah Melayu.
Pada tahun 1942 Sekolah Teknik Treacher telah dinaikkan taraf menjadi Maktab Teknik pada tahun 1951. Maktab ini telah dipindahkan di kawasan seluas 47 ekar di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur. Pada 1 Mac 1955 Maktab Teknik yang baru dibuka secara rasmi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Maktab Teknik berperanan sebagai institusi pendidikan dan latihan tunggal negara dalam bidang profesional untuk mengisi jawatan di jabatan-jabatan kerajaan dan seterusnya membangunkan kemudahan infrastruktur negara. Khususnya dalam bidang teknologi dan kejuruteraan di peringkat Diploma. Pada tahun 1960, Maktab Teknik membuka lembaran baru apabila menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda. Maktab Teknik terus mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila dinaikkan taraf menjadi institut yang bertaraf universiti. Pada 14 Mac 1972, DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertua Agong telah mengistiharkan penubuhan Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan En. Ainuddin Wahid telah dilantik sebagai Rektor pertama. Oleh kerana keluasan kampus UTM di Jalan Semarak terhad, manakala permintaan terhadap tenaga kerja profesional dalam bidang sains dan teknologi terus meningkat kerajaan telah mengambil keputusan supaya kampus baru dibina di Skudai, Johor. Usaha awal pembinaan kampus di kawasan seluas 1,177 hektar bermula sejak 1978. Pada 16 September 1985 DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, selaku Canselor UTM yang kedua telah membuka kampus UTM di Skudai yang bernilai lebih RM1 billion dengan rasminya. Pada 1 September 1989 UTM Skudai diisytiharkan sebagai kampus induk manakala kampus di Jalan Semarak sebagai kampus cawangan. Sejak itu UTM terus berkembang dan sehingga kini merupakan penyumbang utama sumber tenaga negara dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Pembangunan infrastruktur, insaniah dan program pengajian di UTM semakin berkembang maju. Sesuai dengan usianya dan peranannya sebagai penyumbang utama tenaga profesional negara dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, universiti kini memberi tumpuan untuk melahirkan lebih ramai profesional di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah seterusnya melahirkan lebih banyak penemuan baru dalam penyelidikan yang mampu meningkatkan ekonomi negara dan kesejahteraan sejagat. Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh staf dan mahasiswa UTM di dalam dan di luar negara. Kerjasama strategik dengan institusi ternama di luar negara telah memantapkan kepakaran UTM dalam pelbagai bidang. Malah mahasiswa dan staf antarabangsa yang kian bertambah. Kejayaan terkini UTM adalah apabila dinobatkan sebagai Universiti Penyelidikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 10 September 2011 semasa pembentangan RMK10. Berbekalkan kawasan kampus yang kaya dengan flora, fauna dan spesis hutan hujan tropika, UTM menawarkan suasana kampus pelancongan yang amat sesuai untuk pembelajaran. Ia menawarkan iklim pembelajaran yang amat positif dan menjadi tarikan utama kepada mahasiswa luar negara kerana suasana yang nyaman dan kaya dengan sumber semulajadi.
|
|
5.
|
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
|
Universiti Penyelidikan
|
Johor
|
|
Tarikh Penubuhan:
16/02/1984
Visi:
Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka
Misi:
Kami mendidik pemimpin berperwatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global
Objektif:
Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan dan memajukan pendidikan pengurusan. Program akademiknya tertumpu kepada bidang-bidang pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia, keusahawanan, kewangan dan perbankan, undang-undang, pemasaran, pengurusan teknologi, komunikasi, kerja sosial, multimedia, pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa, pengurusan perniagaan, pelancongan, pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, logistik dan pengangkutan, hospitaliti, pengurusan risiko dan insurans, teknologi media, perniagaantani, matematik perniagaan, statistik industri dan kaunseling. Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung. Prasarana dan kemudahan asas yang disediakan serta tenaga manusia di Universiti ini menjadi penggerak kepada kegiatan sosioekonomi yang lain. Di samping pengajaran dan penyelidikan, Universiti ini juga memberi sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di kawasan ini. Universiti memainkan peranan ini dengan melibatkan dirinya dalam projek kemasyarakatan, sama ada secara sendiri mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan sektor swasta. Ke arah matlamat tersebutlah universiti ini sedang bergerak. Objektif ini dapat dirumuskan kepada tiga perkara seperti berikut:
• Untuk berperanan sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan.
• Untuk menjadi pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan.
• Untuk menjadi pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan.
Sejarah Universiti:
Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya Universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Perancangan pembinaan Universiti Keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia ( sekarang ini IPTA berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi) merancang untuk menubuhkan Universiti ini dalam bulan ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983 Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan "Projek Universiti Keenam", di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat rasmi Universiti Keenam ini diberi nama Universiti Utara Malaysia dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan untuk menyambut ketibaan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984.
Dalam catatan sejarah UUM, universiti yang terletak paling utara ini bermula di kampus sementaranya di Bandar Darul Aman dekat Jitra dan kemudian setelah enam tahun di sana, berpindah ke Kampus Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra. Sebelum terbinanya kampus UUM di Sintok, kawasan Hutan Simpan Sintok seluas 4,000 hektar ini adalah kawasan yang digazetkan sebagai kawasan hitam akibat aktiviti pengganas komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak di selatan Thailand. Apabila PKM meletak senjata dan menamatkan perjuangan mereka, kawasan Sintok telah digazetkan menjadi kawasan putih semula pada Disember 1988 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tindakan itu membolehkan UUM memulakan pembinaan Kampus Sintok mulai 7 Januari 1989.
Sejak tarikh itulah kawasan Sintok menjadi lengang tanpa penduduk dan diisytiharkan sebagai kawasan hitam sehinggalah ia digazetkan semula sebagai kawasan putih pada Disember 1988 memandangkan keadaan telah aman dan sekali gus bagi membolehkan pembinaan Kampus Sintok, kampus tetap UUM.
Perdana Menteri telah memberikan tempoh masa selama 18 bulan untuk UUM menyiapkan Kampus Sintok. Ini bermakna pembinaan harus siap menjelang Julai 1990 apabila sesi pengajian yang baru akan bermula. Genap 18 bulan, Perdana Menteri membuat lawatan ke Kampus Sintok untuk melihat perkembangan pembinaan kampus berharga RM580 juta ini.
Disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, termasuk mendapatkan pekerja binaan yang mencukupi, UUM hanya mampu memulakan operasinya di Kampus Sintok dua bulan kemudian, iaitu pada 15 September 1990 apabila pelajar-pelajar baru sesi 1990/91 mendaftar disusuli dengan kemasukan pelajar senior seminggu kemudian untuk memulakan pengajian. Jumlah pelajar UUM meningkat dari 3,500 orang pada ketika itu menjadi lebih kurang16,500 orang pada masa kini atau lebih. Pada masa kini, UUM mempunyai Kampus cawangan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai UUMKL ia khusus bagi golongan yang sudah bekerja yang tidak mahu meninggalkan pekerjaan mereka di sekitar Kuala Lumpur dan ini membolehkan mereka menyambung pelajaran mereka dengan mudah senang
Kampus Sintok telah dibina di atas sebuah lembah yang permai, dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan hutan hujan tropika yang indah dengan flora dan faunanya. Di kampus ini mengalir Sungai Sintok dan Sungai Badak yang bertemu di tengah-tengah kampus, menambah cantikkan lagi pemandangannya.
Di lembah Sungai Sintok ini, sebelum terjadinya kampus UUM, terdapat sebuah lombong bijih timah terbuka. Perlombongan dan pembalakan merupakan dua aktiviti utama penduduk di situ pada masa dulu. Oleh kerana pengganas komunis mengeksploitasi penduduk yang dianggarkan seramai 3,000 orang di Sintok pada masa lalu, pihak pemerintah membuat keputusan memindahkan penduduk-penduduk tersebut ke kawasan lain di negeri Kedah lalu menutup pekan Sintok dan mengisytiharkan kawasan ini sebagai kawasan hitam. Hasil penyelidikan dilakukan oleh empat orang pengawai sebanyak 35 nama anggota keselamatan dan juga orang awam termasuk dua orang isteri anggota polis telah dikenal pasti sebagai mangsa yang terkorban akibat keganasan komunis di sekitar kawasan Sintok. Sebahagiannya tidak mempunyai rekod yang lengkap dan sukar untuk mendapatkan nama penuh mereka. Naib Canselor UUM ketika itu, Tan Sri Datuk Dr. Othman Yeop Abdullah (kini Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) telah mengarahkan dibina sebuah tugu yang dikenali sebagai Tugu Peringatan Sintok yang dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 1992.
Tugu ini didirikan di dalam kawasan kampus berhampiran dengan markas Pasukan Pegawai Simpanan (Palapes) UUM. Kawasan ini dinamakan Dataran Perwira. Pada tugu tersebut telah dipahatkan nama 35 mereka yang terkorban itu. Reka bentuk tugu adalah hasil ilham Arkitek UUM, Ismail Abdullah. Tujuan tugu ini dibina ialah untuk menjadi mercu tanda peringatan dan menimbulkan keinsafan kepada warga UUM serta generasi akan datang bahawa UUM yang tersergam indah dengan kemudahan serba canggih dan mendapat Status MSC ini ditegakkan di atas keringat serta titisan darah dan air mata generasi terdahulu.
Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.. Bangunan-bangunan utama yang terdapat di kampus ini ialah Bangunan Akedemik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Bangunan Pentadbiran Canselori, Masjid Sultan Badlisyah, Dewan Mu'adzam Shah, Dewan Tan Sri Othman, Kompleks Sukan, Varsity Mall, Bangunan Budi Siswa dan kompleks.
Adalah menjadi harapan pucuk pimpinan Universiti agar keinsafan itu akan mencetuskan semangat di kalangan warga UUM semoga mereka menuntut ilmu, menabur budi dan mencurah bakti dengan penuh ikhlas dan kesyukuran serta mengesampingkan kepentingan-kepentingan peribadi sejajar dengan motto UUM 'Ilmu, Budi, Bakti'.
|
|
6.
|
Universiti Utara Malaysia (UUM)
|
Universiti Komprehensif
|
Kedah
|
|
Tarikh Penubuhan:
20/05/1983
Visi:
The IIUM will become a leading international centre of educational excellence to restore the dynamic and progressive role of the Muslim Ummah in all branches of knowledge
Misi:
The IIUM endeavours to achieve Islamization, Internationalisation, Integration and Comprehensive Excellence
Objektif:
OBJECTIVE 1 To attain the highest standard of good governance OBJECTIVE 2 To produce top quality graduates through innovative and effective teaching and learning environment OBJECTIVE 3 To be a world class research and innovation hub OBJECTIVE 4 To be the global brand for Islamic educational excellence OBJECTIVE 5 To be a world renowned university for holistic student development OBJECTIVE 6 To be the university of choice of world class talents OBJECTIVE 7 To ensure sufficient financial resources and be responsive to future plans and challenges OBJECTIVE 8 To anchor the realization of the Premier Global Islamic University .
Sejarah Universiti:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.
Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.
Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Kuala Lumpur. Pusat Asasi UIAM terletak di Petaling Jaya, Selangor dan di Nilai, Negeri Sembilan. UIAM mempunyai 10 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.
|
|
7.
|
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
|
Universiti Komprehensif
|
W.P.(Kuala Lumpur)
|
|
Tarikh Penubuhan:
24/12/1992
Visi:
Universiti global peneraju kelesterian masa hadapan .
Misi:
Untuk meningkatkan impak sosial dan ekonomi komuniti global melalui kecemerlangan dalam pengajaran,penyelidikan, dan pengelibatan strategik.
Objektif:
Bagi memenuhi Misinya, universiti ini beriltizam untuk:
i. Mempelajari dan memajukan ilmu yang relevan dan bermanfaat; menggalakkan penggunaan ilmu bagi pembangunan intelektual, sosial, ekonomi, teknologi dan industri negara; dan memelihara, menyempurna dan menyebar ilmu melalui kesarjanaan, penerbitan dan pembangunan sistem maklumat untuk memenuhi keperluan masyarakat;
ii. Menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan yang mampan dengan mempraktikkan pengetahuan teori, dengan memperluaskan penggunaan ilmu dan kemahiran yang baru, dan dengan mengadakan latihan, penyelidikan serta perkhidmatan rundingan melalui pelbagai kegiatan kerjasama;
iii. Menggalakkan persekitaran yang sesuai bagi pemerolehan serta penyebaran ilmu, dan mengadakan penyiasatan intelek secara bebas dengan mempertahankan kebebasan akademik komuniti universiti;
iv. Mewujudkan komuniti universiti yang progresif, proaktif dan inovatif yang peka terhadap perubahan luar dan berupaya menyumbang dengan berkesan kepada pembangunan universiti dan masyarakat malaysia;
v. Mewujudkan dan sentiasa meningkatkan reputasi dan taraf kesarjanaan universiti dengan menentukan secara bersistem mutu program, kursus, penyelidikan dan perkhidmatan kesarjanaannya, serta sentiasa meningkatkan kecekapan dan sifat akademik pengurusannya;
vi. Memanfaatkan secara optimum lokasi dan persekitarannya untuk mempermudahkan pembangunan wilayah seiring dengan pertumbuhannya sendiri;
vii. Mewujudkan hubungan baik dengan kerajaan, komuniti dan industri setempat serta institusi-institusi akademik yang lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan
viii. Memperoleh, mentadbir dan menggunakan dengan cekap sumber dan teknologi yang diperlukan bagi mencapai tujuan-tujuan tersebut secara berkesan.
Sejarah Universiti:
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) secara rasminya ditubuhkan pada 24 Disember 1992. Bermula dengan kira-kira 30 staf akademik, UNIMAS membuka pintunya kepada kumpulan pertama 118 pelajar pada 8 Ogos 1993. Para pelajar telah didaftarkan di dalam dua fakulti perintis, Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Dua pusat sokongan akademik telah juga ditubuhkan: Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, dan Pusat Khidmat Maklumat Akademik.
Pada tahun berikutnya (1994) empat lagi fakulti membuka pintu mereka untuk kursus ijazah: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Teknologi Maklumat. Bilangan kakitangan dan pelajar meningkat sebanyak empat kali ganda. Sementara itu, profil UNIMAS mula meningkat kerana kebanyakan fakulti mula menawarkan program siswazah. Aktiviti penyelidikan mula berakar umbi dengan penubuhan Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar, yang memberi tumpuan kepada kepelbagaian flora dan fauna di Borneo. Hubungan dengan pelbagai universiti di luar negara telah juga ditubuhkan. Pada tahun yang sama, Pusat Pemindahan Teknologi dan Perundingan, memenangi kontrak untuk kajian EIA Projek Hidroelektrik Bakun, projek terbesar yang pernah EIA di negara ini.
Tempoh di antara Januari 1995 dan akhir Disember 1996 menyaksikan peningkatan di dalam pemantapan struktur akademik dan penyelidikan universiti. Dua lagi fakulti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (1995) dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (1996) mula mengambil dalam kelompok perintis pelajar masing-masing. Ini mejadikan jumlah fakulti kepada lapan, seperti yang asalnya dirancang. Pusat Pengajian Bahasa & Komunikasi mula menawarkan program TESL, sebagai tambahan kepada kursus-kursus bahasa generik. Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, dan Institut Teknologi Perisian ditambah ke senarai institut penyelidikan.
Tahun bersejarah tahun 1997 menyaksikan kumpulan perintis graduan menerima ijazah mereka pada majlis konvokesyen sulung Universiti. Pada tahun ini juga Institut Pengajian Asia Timur ditubuhkan..
Pada tahun 2000 Profesor Datuk Yusuf Hadi telah dilantik sebagai Naib Canselor kedua bagi menggantikan Naib Canselor, Profesor Dato Zawawi. Profesor Datuk Dr Abdul Rashid Abdullah telah dilantik sebagai Naib Canselor ke-3 pada 1 Februari 2005. Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid kemudiannya dilantik pada tahun 2001 sehingga 31 Mac 2013. YBhg Prof Dr Morshidi bin Sirat kemudiannya dilantik sebagai Naib Canselor UNIMAS kelima pada 1 April 2013. Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan beliau agak singkat kerana beliau dipanggil semula untuk memegang jawatan Ketua Pengarah di Kementerian Pelajaran Malaysia. YBhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim bin Suaidi seterusnya mengambil alih jawatan sebagai Naib Canselor UNIMAS keenam pada 16 April 2013.
Sehingga September 2013 jumlah enrolmen pelajar prasiswazah ialah 14,033 orang, pascasiswazah 1,343 orang manakala pelajar prauniversiti ialah 709 orang. Bagi kakitangan UNIMAS pula, setakat Ogos 2013 jumlah enrolmen ialah 2,189 orang.
UNIMAS adalah sebuah universiti yang mendapat persijilan ISO. Ia telah diberikan pensijilan berprestij MS ISO 9001:2000 untuk kecemerlangan dalam proses pengurusan terasnya yang bermula dengan pengambilan pelajar baru sehingga kepada pengijazahan graduan. Program Sarjana Muda UNIMAS telah direka untuk memenuhi keperluan masyarakat dan industri. Penekanan kepada teknologi yang kukuh telah menyebabkan UNIMAS dianugerahkan status Koridor Raya Multimedia (MSC) yang cukup berprestij pada 17 November 2003. Anugerah tersebut diberikan di atas peranan dan keupayaan UNIMAS di dalam membangunkan tenaga kerja untuk MSC dan keperluan yang berkaitan, melalui pembelajaran strategik dan program-program latihan di sini.
UNIMAS telah memenangi Premiere Information Technology Award daripada Kerajaan Malaysia di dalam Anugerah AFACT eAsia di dalam kategori "Merapatkan Jurang Digital". Selain itu, ia juga telah memenangi Industry Innovators Award for System Development and Application dari Persatuan berasaskan satelit Profesional Antarabangsa (SSPI), bagi kejayaan dalam menubuhkan telecentre di dalam komuniti terpencil di Bario, Sarawak, untuk membantu masyarakat dalam komunikasi , pendidikan, e-dagang, kesihatan dan perkhidmatan kerajaan.
UNIMAS telah berjaya dalam perolehan geran penyelidikan, dengan penerbitan dan penemuan saintifik yang berguna. Institut Perubatan Kesihatan dan Masyarakat universiti telah berjaya membangunkan satu vaksin calon untuk denggi melalui kerjasama dengan syarikat antarabangsa, Bavaria Nordic. Dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber telah berjaya membangunkan satu proses untuk menukar kanji sagu kepada asid laktik bagi menghasilkan plastik mesra alam.
Komitmen UNIMAS di dalam bidang penyelidikan telah diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dalam industri melalui peruntukan khazanah untuk penubuhan lapan kerusi penyelidikan; ini termasuk Kerusi Tun Zaidi untuk Kimia Perubatan, Kerusi Tun Openg untuk Teknologi Sagu, Kerusi Shell untuk Kajian Alam Sekitar, dan Kerusi Sapura untuk ICT.
Hari ini, kekuatan UNIMAS di dalam penyelidikan yang diakui oleh pelbagai organisasi di dalam sekurang-kurangnya tiga bidang khusus penyelidikan:
• Penyelidikan bioteknologi epidemiologi (denggi, JE, HFMD, malaria), biogeografi (phylogenetics) dan pertanian (sagu); • ICT, khusus kepada komunikasi di luar bandar dan analisis imej; • Biodiversiti, sumber semula jadi dan pengurusan alam sekitar.
Pengurusan universiti telah menaiktaraf status beberapa kumpulan penyelidikan mereka, berdasarkan kekuatan di dalam bidang penyelidikan mereka melalui Pusat Kecemerlangan UNIMAS iaitu: • Pusat Penyelidikan Malaria • Pusat Penyelidikan Air • Informatik Luar Bandar • Analisis Imej dan Teknologi Spatial • Semantik Teknologi dan Augmented Reality • Tenaga Diperbaharui • Penyelidikan Sagu
|
|
8.
|
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
|
Universiti Komprehensif
|
Sarawak
|
|
Tarikh Penubuhan:
24/11/1994
Visi:
Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia.
Misi:
Mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk
mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran,
pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat serta
untuk mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian
pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi
dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat
dan negara.
Objektif:
Objektif seperti di dalam Plan Strategi.
Sejarah Universiti:
Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.
Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, UMS juga mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.
Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai 9 buah sekolah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan.
Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit Penyelidikan Etnografi. Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan dua buah sekolah, iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran "Kampus Pantai" (The Beach Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan laut.
Pada tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan setakat ini merupakan ambilan ketiga oleh pusat tersebut. Moto Universiti Malaysia Sabah ialah "Bertekad Cemerlang". Lagu rasmi UMS juga bertajuk "Bertekad Cemerlang"
|
|
9.
|
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
|
Universiti Komprehensif
|
Sabah
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/05/1997
Visi:
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepemimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
Misi:
Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.
Objektif:
1. Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana, mengembang dan memperdalam ilmu; 2. Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagai membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang; 3. Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk perangkaian maklumat, pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara; 4. Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketrampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotis; 5. Menggerakkan komuniti supaya lebih prihatin ke atas peri perlunya mereka menyumbang khidmat kepada masyarakat dan Negara, terutama ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalistis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
Sejarah Universiti:
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
Maktab Latihan Guru
Peranan R.O. Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.
Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak berteraskan kepada kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan ialah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai.
Lokasi
Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab. Tanah seluas 64 hektar telah dibeli di Tanjong Malim dengan harga $49,000.00 untuk dijadikan kampus dan kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1919. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina ala-Gothic Zaman Pertengahan. Pada tahun 1922, pembinaan maktab siap sepenuhnya. Pada 29 November 1922 SITC dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Sultan Idris Training College (SITC)
Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan baginda Sultan. Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 - 1916.
Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut menandakan titik bersejarah bagi orang Melayu kerana ia (penubuhan SITC) merupakan titik tolak dalam perkembangan pendidikan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tidak ada tolok bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu.
SITC berkembang pantas. Kemasukan pelatihnya pula tidak terbatas hanya kepada orang Melayu di Tanah Melayu, malah meluas hingga ke Brunei, British Borneo dan Singapura. Pada bulan Mac 1924, SITC mengeluarkan guru terlatihnya yang pertama seramai 58 orang. Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari setahun ke setahun. Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu. Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda. Usaha ini berkembang subur di tangan Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba.
Kurikulum latihan perguruan di SITC tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di samping kraf tangan dan pertanian. Sejak ditubuhkan, institusi ini terus unggul berbakti kepada bangsa dan negara. Ia disifatkan sebagai ‘universiti’ yang unggul bagi melatih guru-guru Melayu.
Pengambilan Pelajar SITC
Bermula 19 November 1922, pengambilan kumpulan pertama pelatih lelaki berjumlah 115 orang telah mendaftar. Beberapa hari selepas pendaftaran itu, sejumlah lima orang pelatih lagi diterima masuk yang membawa jumlah keseluruhannya 120 orang. Kumpulan pertama guru pelatih ini sebenarnya terdiri daripada 70 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka dan 50 orang lagi dari Maktab Perguruan Matang. Jumlah tenaga pengajarnya pula adalah seramai empat orang berbangsa Eropah, tujuh orang guru Melayu, seorang guru anyaman dari Manila dan seorang guru al-Quran dari Matang. Mereka ialah O.T. Dussek (Pengetua), M.R. Holgate, W.B.O. Sir Williams, D.H. Ghrist, Mohammad Hashim Hj Taib, Noordin Hj Harun, Ibrahim Dato’ Muda Linggi, Abdul Rahman Hj Muhyiddin, Hanafiah Md Saman, Mohamad Said Hj Hussin, Abdul Hadi, Mr. W. Olaguera (Manila) dan Lebai Jaafar Abdul Rashid (guru al-Quran). O.T. Dussek dilantik sebagai Pengetua SITC yang pertama. Pada tahun 1923 jumlah tenaga pengajar bertambah. Pertambahan ini melibatkan sepuluh orang guru berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Filipina. Guru-guru ini pada asalnya merupakan tenaga pengajar dari Maktab Perguruan Matang yang telah ditutup dan sebahagiannya dari Maktab Perguruan Melaka.
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
Pada tahun 1957 nama SITC ditukarkan kepada nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Langkah ini dilakukan bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak. Dari tarikh ini bermulalah era MPSI yang membawa wajah, watak dan keperibadian Melayu, apabila pentadbiran SITC yang selama ini diketuai orang Eropah beralih tangan kepada cendekiawan Melayu.
Meskipun berubah pada nama, namun tradisi SITC menjadi akar yang menumbuhkan kecemerlangan institusi ini dalam era MPSI dan era-era seterusnya. Peranan MPSI tidak setakat melatih dan mendidik bakal guru, namun menjadi medan pengungkap bicara dan suara hati para cerdik pandai dan nasionalis Melayu. Pembinaan bahasa Melayu sebagai satu korpus dikukuhkan lagi dengan kemunculan tradisi penulisan kreatif dalam kalangan guru pelatih dan tenaga pengajar. Tradisi ini sudah bermula pada era SITC di tangan Harun Aminurrashid dan Punggok, tetapi berkembang luas dalam era MPSI. Pada waktu inilah munculnya beberapa tokoh besar penyair, cerpenis dan novelis Melayu. Antaranya ialah A. Wahab Ali, Ali Majod, Kasmani Haji Arif, Awang Had Salleh, Hassan Ali, Othman Puteh, Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Haji Mohammad, Shahnon Ahmad, Suratman Markasan, Masuri S.N., Yura Halim dan lain-lain lagi.
Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila menerima 140 orang penuntut perempuan. Perkembangan baharu ini telah mewujudkan senario baru dalam tradisi MPSI. Meskipun penuntut perempuan diterima masuk, namun MPSI terus ke hadapan sebagai sebuah institusi perguruan yang cemerlang dan terunggul tanpa membezakan taraf dan jantina.
Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)
Era MPSI berakhir pada 21 Februari 1987 apabila tarafnya sebagai sebuah maktab ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Era IPSI merupakan satu zaman mencabar, kerana kedudukannya sebagai sebuah institusi tidaklah hanya meninggikan nama semata-mata, tetapi turut melonjakkan harapan anak bangsa dan masyarakat Melayu serta kerajaan yang mentadbir untuk melihat IPSI benar-benar menjadi tonggak harapan bagi mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat, khususnya orang-orang Melayu. Justeru, IPSI mengorak langkah panjang dengan memperkenalkan pelbagai rancangan. Antaranya ialah mengadakan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) pada tahun 1987 dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bermula pada tahun 1988. Pada tahun 1993 Kursus Kembaran dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pula diadakan dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani.
Peranan SITC dan MPSI telah diperkasakan dalam era IPSI menerusi rangkaian kerjasama pengajian yang diadakan dengan pihak-pihak lain di luar IPSI. Ruang lingkup dan sempadan jangkauan IPSI merentas tembok itu sendiri. IPSI bergerak seiring dengan kemajuan institusi-institusi pengajian tinggi awam lain dalam konteks merealisasikan matlamat kerajaan untuk menghasilkan tenaga pengajar yang berwibawa dan bermanfaat demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Peranan IPSI berterusan hingga ke tahun 1993 apabila pada masa itu sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu, iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru-guru untuk sekolah rendah dan menengah.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah yang penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997, maka bermula 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikenali hari ini dengan nama singkatannya UPSI.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah dilantik sebagai Naib Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin (kini bergelar Dato’) sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik. Mereka dibantu oleh Encik Sayuti Sahlan, Encik Yusof Semahil dan Encik Rusley Taib untuk membangunkan UPSI dalam serba kekurangan.
Berbekalkan enam orang kakitangan pentadbiran dan 29 orang tenaga akademik yang kebanyakannya dipinjamkan dari pelbagai agensi Kementerian Pendidikan Malaysia, UPSI mengorak langkah ke gelanggang pendidikan dengan semangat dan cita-cita murni. Ternyata, tidak mudah bagi UPSI menarik nafas lega, kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kekentalan semangat dan iltizam beserta dorongan Kementerian Pendidikan, UPSI menapak langkah demi langkah membina kekuatan diri berdiri atas kemampuan sendiri yang akhirnya berjaya menempatkan dirinya seiring dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang lain waktu ini.
Pembangunan infrastruktur bermula dengan pembinaan Bangunan Canselori pada tahun 1999 dan Kompleks Kediaman Siswa di Behrang Ulu. Pada awal tahun 2001, pembangunan semakin rancak dilaksanakan dengan pembinaan Gimnasium, Perpustakaan, Auditorium, Kompleks Pendidikan Muzik, dewan-dewan kuliah dan lain-lain. Beberapa kemudahan sedia ada yang merupakan warisan SITC-MPSI-IPSI dibaik pulih dengan beberapa pembaharuan, sesuai dengan kemajuan teknologi di samping mengekalkan struktur asalnya. Pembangunan yang rancak ini telah menampilkan imej UPSI sebagai sebuah institusi pengajian tinggi. Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi ini sebagai sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan baik di peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan.
Pada awal penubuhannya, terdapat hanya empat buah fakulti yang menawarkan sepuluh program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Jumlah program pengajian bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, dua buah fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah fakulti sehingga itu enam buah dengan jumlah 19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Peningkatan ini menggambarkan perubahan besar yang dilakukan bagi menampung keperluan akademik dan jumlah pelajar yang kian bertambah.
Sehingga kini, sebanyak sembilan buah fakulti sudah ditubuhkan dan fakulti tersebut adalah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Fakulti Sains dan Matematik (FSMT), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSK), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), dan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). UPSI juga sudah mempunyai 54 program pengajian ( 7 Program Diploma, 35 Program Sarjana Muda Pendidikan, 4 Program Sarjana Muda Dengan Pendidikan, dan 8 Program Ijazah Sarjana Muda). Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS) menawarkan 173 Program Pengajian (103 Program Sarjana dan 70 Program Doktor Falsafah).
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Majlis Pecah Tanah Kampus Sultan Azlan Shah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 22 April 2002. Dalam titah perasmiannya baginda telah mengumumkan nama kampus utama UPSI sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang lokasinya di Tanjung Malim manakala untuk kampus baru di Proton City diberi nama Kampus Sultan Azlan Shah.
Kampus Sultan Azlan Shah
Kampus Sultan Azlan Shah telah dirancang bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-8 lagi. Dengan adanya kampus baru ini, infrastruktur pengajaran dan pembelajaran di UPSI dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih sempurna sejajar dengan kehendak kerajaan bagi memperkasa dan meningkatkan mutu pendidikan institut pengajian tinggi awam.
Pada 20 Februari 2012, Kampus Sultan Azlan Shah dengan rasminya beroperasi dengan menempatkan beberapa fakulti seperti Blok 1 - Blok 6 untuk Fakulti Sains & Matematik, Blok 7 - Blok 9 untuk Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Blok 10 untuk Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Dewan Kuliah Berpusat, Dewan Besar dan Panggung Percubaan, Kafetaria, Rotu, Balai Pengawal dan Pos Pengawal, Pusat Pelajar, Pusat Komputer, Surau dan Pusat Islam.
Kampus ini terletak berdekatan kira-kira 8 km dari kampus sedia ada iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Tapak yang bertempat di Bandar Baru Proton City ini akan memberikan satu impak pembangunan kepada kawasan sekitar terutamanya kepada bandar Proton City. Kampus yang berdekatan dengan Pusat Komersial Bandar Proton dan Kilang Proton ini juga lengkap dengan kawasan berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Titiwangsa yang segar dan mengasyikkan. Keindahan sumber alam semulajadi ini akan memberikan satu persekitaran yang sempurna untuk menambah nilai dalam proses pembelajaran pelajar. Kampus baru ini telah dirasmikan dengan jaya dan penuh bersejarah oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Jun 2012.
Kemasukan Pelajar UPSI
Jika dilihat dari segi bilangan pengambilan pelajar dalam tempoh lima belas tahun (1997 - 2012), peratus pengambilan amat besar jika dibandingkan dengan perancangan awal penubuhan universiti ini. Minat pelajar lulusan STPM, Diploma atau yang setaraf dengannya amat tinggi sekali dan umum mengetahui bahawa UPSI adalah IPTA paling popular menjadi pilihan pelajar. Dari seramai 338 orang pelajar pada tahun 1997, sehingga kini (2012) enrolmen pelajar UPSI menjangkau 30,087 pelajar Ijazah Sarjana Muda, 5,476 pelajar Diploma Pendidikan, 308 pelajar diploma dan pelajar pasca siswazah seramai 2,164 orang. Jumlah keseluruhan enrolmen pelajar UPSI 2012 adalah 29,075 orang.
Sehingga Istiadat Konvokesyen Ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2012 lalu (1999 – 2012), UPSI telah melahirkan seramai 38,035 graduan sarjana muda, diploma, dan ijazah lanjutan (Kedoktoran dan Sarjana).
|
|
10.
|
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
|
Universiti Komprehensif
|
Perak
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/06/1976
Visi:
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
(To establish UiTM as a premier university of outstanding scholarship and academic excellence capable of providing leadership to Bumiputeras’s dynamic involvement in all professional fields of world-class standards in order to produce globally competitive graduates of sound ethical standing.)
Misi:
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
(To enhance the knowledge and expertise of Bumiputeras in all fields of study through professional programmes, research work and community service based on moral values and professional ethics.)
Objektif:
Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains,industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
Sejarah Universiti:
Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.
Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM). Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM".
|
|
11.
|
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
|
Universiti Komprehensif
|
Selangor
|
|
Tarikh Penubuhan:
14/05/2010
Visi:
UniSZA berhasrat untuk menjadi institut pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur
Misi:
UniSZA akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketelusan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian untuk menafaat manusiawi
Objektif:
1. Menjadikan UniSZA sebuah universiti bertaraf antarabangsa menerusi penawaran program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang semasa dengan warga yang kompeten dan berkemahiran tinggi. 2. Menjadikan UniSZA sebagai sebuah pusat rujukan dalam penyelidikan dan perundingan dalam bidang terpilih selaras dengan keperluan industri dan aspirasi negara. 3. Melahirkan graduan yang menjadi pemimpin dalam bidang yang diceburi. 4. Membudayakan system Pengurusan Kualiti melalui pembangunan sumber manusia yang cemerlang, penjanaan sumber kewangan yang cekap serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Sejarah Universiti:
Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Kronologi penubuhan UniSZA:
1980 - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan dan beroperasi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu 1985 - Perletakan batu asas penubuhan KUSZA di Gong Badak oleh Dulu Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
2005 – Pengumuman penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005
2006 – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mula beroperasi pada 1 Januari 2006
2010 – UDM ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada bulan Mei 2010
|
|
12.
|
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
|
Universiti Komprehensif
|
Terengganu
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/02/2007
Visi:
Menjadi Universiti Berprestasi Tinggi Dengan Reputasi Global (To Be A High Performance University With Global Reputation)
Misi:
Memacu Usaha Penjanaan Ilmu Berteraskan Sains dan Teknologi Ke Arah Pembangunan Mapan, Peningkatan Sosioekonomi dan Kesejahteraan Sosial Melalui Kegiatan Pembelajaran dan Penyelidikan
Objektif:
•Modal Insan
Melahirkan modal insan berwibawa yang mampu bersama membangunkan Negara
•Program Akademik
Menawarkan program akademik yang sentiasa relevan kepada keperluan semasa dan akan datang
•Produk Penyelidikan
Menghasilkan produk penyelidikan yang mampu meningkatkan keupayaan Negara untuk menjadi sebuah Negara maju.
•Pemindahan Ilmu dan Teknologi
Meningkatkan keupayaan masyarakat dengan aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi terkini secara berterusan
•Persekitaran Kondusif
Menjadikan kampus university sebagai satu persekitaran pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif untuk warganya memainkan peranan masing-masing dan memenuhi piawaian antarabangsa
Sejarah Universiti:
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM). Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001. Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM. Bermula pada 1 Februari 2007 bersamaan 13 Muharam 1428 H, tercipta satu lagi sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam usaha mengukuhkan kedudukan IPTA Negara, enam buah Kolej Universiti telah melalui penjenamaan semula kolej-kolej universiti. Kini KUSTEM di kenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.
|
|
13.
|
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
|
Universiti Komprehensif
|
Terengganu
|
|
Tarikh Penubuhan:
12/03/1998
Visi:
Berilmu, Berdisiplin Dan Bertakwa
Misi:
Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.
Objektif:
1. Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara. 2. Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam diri setiap siswazah yang dikeluarkan 3. Melahirkan ilmuan berpendidikan sepadu yang mampu memimpin masyarakat majmuk untuk menerajui pembangunan negara. 4. Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi terkini; dan 5. Membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara sejagat.
Sejarah Universiti:
-
|
|
14.
|
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
|
Universiti Komprehensif
|
Negeri Sembilan
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/09/2006
Visi:
PENERAJU PEMBANGUNAN MODAL INSAN
BERCIRIKAN KEUSAHAWANAN BAGI
KESEJAHTERAAN GLOBAL
Misi:
UMK menyediakan : • program akademik berkualiti dan relevan • penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi • perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan; UMK sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi kehendak pasaran dengan menyediakan persekitaran yang kondusif; dan warga UMK berpengetahuan , berkemahiran dan komited mengamalkan budaya kerja profesional , mengurus secara partisipatif serta melaksanakan penambahbaikan berterusan
Objektif:
• menyediakan kursus pengajian & latihan dengan memberi penekanan kepada penghayatan ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan insaniah merentasi kurikulum; • membangun modal insan berkualiti yang menyumbang dengan efektif kepada pembangunan negara dan dimanfaatkan oleh masyarakat; • membangun keupayaan staf dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat (PSH), kepimpinan & pengurusan; • membangun kapasiti & keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan daya saing dalam penjanaan kekayaan negara; • menyediakan infrastruktur & sistem sokongan yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan Universiti bertaraf dunia; • melaksanakan aktiviti pembangunan wilayah sejajar dengan rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER); • mengamalkan sistem tadbir urus dan pengurusan kewangan yang efektif serta berintegriti tinggi;
Sejarah Universiti:
Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006. Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is Our Thrust” (Keusahawanan Teras Kami) dan “Entrepreneurial University” (Universiti Keusahawanan) digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu : Keusahawanan dan Perniagaan ; Teknologi Kreatif dan Warisan; serta Agro-industri dan Sains Sumber Asli Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama, lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and capacity building of SME) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler). Penubuhan Universiti Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi, iaitu mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar seramai 332 orang pelajar. Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.
|
|
15.
|
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
|
Universiti Komprehensif
|
Kelantan
|
|
Tarikh Penubuhan:
10/11/2006
Visi:
Menjadi Universiti Pertahanan primier di rantau ini untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu
Misi:
UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah Universiti Pertahanan primier dalam kepimpinan dan pembangunan professional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi, dan juga penyediaan polisi
Objektif:
Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanaan yang bertaraf antarabangsa
Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan
Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang terpuji
Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama
Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi.Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Pengajian Keselamatan
Sejarah Universiti:
Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.
UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.
|
|
16.
|
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
|
Universiti Komprehensif
|
W.P.(Kuala Lumpur)
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/02/2007
Visi:
Menjadi universiti teknikal global dalam teknologi lestari dan pengangkutan
Misi:
Menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid
Objektif:
1. UTHM EDU-TRAIN
Membangun graduan kompeten, profesional dan entrepreneurial
2. UTHM TECHNOPRENEUR
Menyediakan ekosistem pembangunan technopreneur
3. UTHM PRIHATIN
Menjalankan tanggungjawab sosial kepada komuniti dan alam sekitar
4. UTHM GOVERNANCE
Mengamalkan tadbir urus cekap dan budaya kerja berprestasi tinggi
Sejarah Universiti:
Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.
Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.
Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada perkembangan yang berteraskan sains dan teknologi dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan peranan negara serta kepercayaan oleh kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti di bawah Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO). Pengumuman bersejarah ini telah dibuat oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada 30 September 2000.
Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.
|
|
17.
|
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
|
Universiti Teknikal
|
Johor
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/02/2007
Visi:
Menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan Inovatif terkemuka di dunia
Misi:
UTeM bertekad untuk menerajui sumbangan kepada kesejahteraan negara dan dunia dengan: 1) Memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif; 2) Membentuk pemimpin bersahsiah murni yang profesional; 3) Menjana pembangunan lestari bersama industry dan komuniti
Objektif:
1) Mengendalikan program akademik dan professional berasaskan aplikasi yang sesuai dengan industri untuk melahirkan graduan dengan pengetahuan berkaitan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah; 2) Membangunkan staf yang kompeten dan professional berilmu (K-Professional); 3) Memacu aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berteraskan industri strategik untuk menjana kekayaan nasional; 4) Menyediakan persekitaran yang kondusif dan mesra pelajar; 5) Memperkasa kepimpinan dan pentadbiran yang berkesan; 6) Memperkukuhkan kerjasama dan usaha sama dengan organisasi dan institusi antarabangsa; 7) Mempergiat aktiviti menjana pendapatan untuk mengurang kebergantungan kewangan; 8) Menawarkan program berasaskan pengetahuan, professional dan akademik kearah pembudayaan pembelajaran berterusan.
Sejarah Universiti:
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada awalnya dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. UTeM terletak di Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai World Heritage Site. Penjenamaan semula UTeM telah dilaksanakan pada 1 Februari 2007, dan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) ditukar kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
UTeM merupakan sebuah universiti teknikal awam yang pertama ditubuhkan di Malaysia dan dikategorikan sebuah Universiti Berfokus yang memperkasakan bidang-bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan teknologi dan teknologi kejuruteraan. Asas Penubuhan UTeM adalah berpandukan model ‘fachhochscule’ (FH) di Jerman dan sistem universiti politeknik di Hong Kong yang menekankan pendekatan ‘practical-oriented’.
Operasi UTeM bermula di kampus sementara di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh sehingga tahun 2006 sebelum berpindah ke Kampus Industri, Ayer Keroh. Pada tahun 2008, Kampus Induk UTeM di Durian Tunggal telah beroperasi secara berperingkat dan menempatkan empat buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer, Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan. Pada masa yang sama, dua buah kampus cawangan UTeM telah ditubuhkan iaitu Kampus Bandar yang terletak di Jalan Hang Tuah dan menempatkan sebuah fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Teknologi & Teknousahawan pada tahun 2007. Manakala Kampus Teknologi di Ayer Keroh telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan menempatkan dua buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
|
|
18.
|
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
|
Universiti Teknikal
|
Melaka
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/02/2007
Visi:
Menjadi universiti teknologi bertaraf dunia
Misi:
Kami menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang tinggi kualitinya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang membudayakan kreativiti dan inovasi.
Objektif:
1. Melahirkan graduan yang berketerampilan melalui program kejuruteraan dan teknologi yang kompetitif. 2. Menerajui inisiatif terkini dalam bidang penyelidikan yang berkaitan dengan industri 3. Menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan kepada industri dan masyarakat berdasarkan nic dan bidang kepakaran 4. Diiktiraf sebagai sebuah institusi yang mengamalkan pengurusan dan budaya kerja cemerlang
Sejarah Universiti:
Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM. KUKTEM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-16 yang diwartakan pada 16 Februari 2002 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Atas arahan Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan memulakan Sesi Akademik 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30 Mei 2002.
Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.
Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar. UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .
|
|
19.
|
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
|
Universiti Teknikal
|
Pahang
|
|
Tarikh Penubuhan:
01/02/2007
Visi:
Institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa
Misi:
Melahirkan insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri Negara
Objektif:
Program kejuruteraan di Universiti Malaysia Perlis mempunyai matlamat untuk menghasilkan siswazah kejuruteraan yang berkelayakan dalam pelbagai bidang strategik yang berupaya mencari penyelesaian kepada pelbagai bentuk masalah menerusi pemikiran yang inovatif. Kursus kejuruteraan yang dijalankan di universiti ini pada dasarnya menitikberatkan kepada ‘lab-intensive’ iaitu penekanan yang lebih banyak diberikan kepada aspek amali. Kursus-kursus yang ditawarkan menyatukan teori dengan amali mengikut keperluan industri. Semasa mengikuti program kursus, mahasiswa akan dibekali dengan kemahiran pengurusan, perakaunan, keusahawanan, kemahiran berkomunikasi, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Tujuannya ialah melahirkan jurutera dan pembantu jurutera yang bukan sahaja cekap dalam bidang berteknologi tinggi yang diikuti mereka, tetapi berkebolehan berdikari dan mempunyai sikap yang mulia dan terpuji.
Sejarah Universiti:
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) diluluskan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai, 2001 dan mula beroperasi pada Jun, 2002.
Tujuan utama penubuhan UniMAP ialah untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan berkebolehan untuk merekabentuk, membina, menguji dan menyelenggara pelbagai peralatan dan sistem. Tenaga kerja mahir ini juga seharusnya berketerampilan dalam pelbagai bidang strategik dan berupaya mencari penyelesaian kepada pelbagai bentuk masalah menerusi pemikiran yang inovatif.
Mulai Sidang Akademik 2009/2010 yang lalu, buat pertama kalinya UniMAP menawarkan program pengajian dalam bidang perniagaan. Salah satu matlamat penawaran program pengajian berkenaan adalah melahirkan usahawan tekno yang berpengetahuan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan serta mempunyai kemahiran asas dalam kejuruteraan.
Pada Sidang Akademik 2011-2012, UniMAP telah menawarkan program pengajian dalam bidang Teknologi Kejuruteraan. Ianya bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam membina genarasi berilmu, berkemahiran tinggi dan menyumbang kepada agenda pendapatan tinggi negara.
|
|
20.
|
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
|
Universiti Teknikal
|
Perlis
|